KERONGSANG | KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disematkan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KERONCONG | KERONCONG, irama muzik hasil gabungan pengaruh muzik Barat dengan gamelan. Keroncong dikatakan bermula di Pulau Jawa pada abad ke-15 sewaktu pengaruh Portugis mula bertapak di kawasan tenggara Asia. Waktu itu, seni muzik gamelan digemari di seluruh Pulau Jawa. Alat-alat muzik Barat telah digunakan untuk memainkan lagu-lagu daerah termasuk gamelan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KERTUK | KERTUK, alat muzik idiofon yang popular di Kelantan. Kertok diperbuat daripada kayu atau kelapa. Dalam pesta dan majlis keramaian seperti menyambut hari keputeraan sultan dan lain-lain, kertok dimainkan dalam pertandingan secara berpasukan. Setiap pasukan kertok terdiri daripada lapan hingga 10 orang pemain. | BUDAYA | Alat/Alatan |