LETRIL | Letril ialah sejenis dadah yang dipertikaikan kegunaannya untuk merawat kanser. Kebanyakan pakar kanser menentang penggunaan letril kerana ia tidak terbukti berkesan dalam rawatan kanser. Namun begitu, mereka yang menyokong penggunaan letril mendakwa bahawa ia telah menghentikan kanser, malah memulihkan ramai penyakit kanser. | UMUM | |
KANSER | Kanser, ketam, ialah buruj malap yang terletak di antara bintang Castor dengan bintang Pollux pada satu bahagian, dan bintang Sabit Leo pada bahagian yang satu lagi. Ia lambang keempat zodiak. | UMUM | |
MALIGNANSI | Malignansi selalunya dirujuk sebagai tumor malignan atau kanser, dan bukannya tumor benigna (yang bukan kanser) (lihat Tumor). | UMUM | Umum |
ONKOLOGI | Onkologi ialah kajian perkembangan, rawatan, dan pencegahan kanser. Ia merangkumi kedua- dua penyelidikan dan rawatan klinikal. Doktor yang mengkhusus dalam bidang onkologi dikenali sebagai onkologis. | UMUM | |
ARSENIK | Arsenik ialah sejenis unsur separa logam. Arsenik mempunyai simbol kimia As. Bahan ini merupakan racun yang membawa maut dan pendedahan kepada dos rendah arsenik yang berlarut-larutan menyebabkan kanser pada manusia. Kebanyakan racun tikus, racun serangga dan racun rumpai mengandungi arsenik. Arsenik juga digunakan untuk membuat peluru plumbum senapang dan beberapa jenis perkakas elektrik dan untuk memperkuat beberapa aloi, iaitu campuran sejenis logam dengan logam lain ataupun dengan bukan logam. | UMUM | |
ANTIBIOTIK | Antibiotik ialah ubat yang dihasilkan oleh mikroorganisma tertentu. Bahan antibiotik diperoleh daripada bakteria dan kulat. Kebanyakan antibiotik digunakan untuk melawan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya. Beberapa antibiotik digunakan untuk merawat kanser tertentu. | UMUM | |
PERDARAHAN | Perdarahan ialah keadaan keluarnya darah dari pembuluh darah. Perdarahan berlaku apabila arteri, vena, atau kapilari pecah. Pecah mungkin disebabkan oleh kecederaan, hakisan , atau kehausan, yang terhasil melalui proses tak normal seperti ulser, keradangan, atau kanser. Doktor menamakan perdarahan yang teruk hemoraj. | UMUM | |
ANALGESIK | Analgesik ialah sebarang dadah yang menghilangkan rasa sakit tanpa menyebabkan ketidaksedaran. Manusia menggunakan pelbagai analgesik untuk menghilangkan atau mengurangkan banyak jenis kesakitan. Aspirin, analgesik yang relatifnya ringan, menghilangkan sakit kepala, sakit otot, dan beberapa ketidakselesaan kerana selesema. Doktor mungkin mempreskripsi analgesik yang lebih kuat, seperti Codeine, bagi kesakitan yang teruk akibat kecederaan belakang badan, luka terbakar yang serius, dan penyakit seperti kanser. | UMUM | |
SELARAN MATAHARI | Selaran matahari ialah keradangan kulit yang menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam, demam, dan lemah. Pendedahan yang berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit sebelum masanya dan kanser kulit. | UMUM | |
SINAR ULTRAUNGU | Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak betul-betul melepasi penghujung warna ungu kebiruan dalam spektrum cahaya tampak. Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik yang lain di udara juga mengeluarkan sinar ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu boleh menyebabkan selaran matahari. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu juga memusnahkan organisma yang berbahaya dan mempunyai manfaat yang lain. | UMUM | |