| TULIS SUTAN SATI | TULIS SUTAN SATI (1898-1942), penulis Indonesia. Dia lahir di Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Setelah tamat persekolahan, dia bertugas dalam bidang pendidikan. Kemudian dia bertugas sebagai pengarang di penerbit Balai Pustaka yang dibentuk pada tahun 1908 dengan nama Kantor Bacaan Rakyat oleh kolonial Belanda. | SASTERA | Tokoh |
| BALAI PUSTAKA | BALAI PUSTAKA, badan kerajaan yang diberi tugas oleh pemerintah Indonesia untuk menerbitkan buku-buku yang bermutu bagi bacaan para pelajar sekolah dan juga untuk bacaan umum. Badan ini pada mulanya didirikan oleh penjajah Belanda pada tahun 1908 dengan nama Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur iaitu Suruhanjaya untuk Sekolah Peribumi dan Bacaan Rakyat. Suruhanjaya ini dianggotai oleh enam orang ahli jawatankuasa dengan dipengerusikan oleh Dr. G.A.J. Hazeu. Tugas Suruhanjaya ini adalah untuk memilih tulisan yang baik untuk digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan bacaan rakyat. Kerajaan Belanda berbuat demikian dengan tujuan untuk menyekat penerbitan bahan-bahan lain yang mengganggu dasar penjajahan mereka di samping untuk menerbitkan bahan-bahan yang dapat menonjolkan kekuasaan Belanda. Pada tahun 1917, Suruhanjaya tersebut ditukar namanya kepada Kantoor voor de Volkslectuur atau Kantor Bacaan Rakyat atau yang lebih terkenal dengan nama Balai Pustaka, dan Dr. D. A. Ringkes dilantik menjadi ketuanya. | BAHASA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |