KANUN NAPOLÉON | Kanun Napoléon ialah nama yang sering diberikan kepada kanun yang mengandungi undang-undang sivil Perancis, sebagai membezakannya daripada undang-undang jenayah Perancis. | UMUM | |
KANUN PAHANG | KANUN PAHANG, teks Melayu lama mengenai undang-undang, dikenal juga dengan nama Hukum Kanun Pahang atau Undang-undang Pahang. Seperti teks Hukum Kanun Melaka, Adat Acheh, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Dato’ Kota Star (Kedah) dan Undang-undang Johor. Kanun Pahang merakamkan undang-undang tradisional peribumi yang mungkin dilaksanakan atau menjadi rujukan serta panduan bagi melaksanakan sesuatu undang-undang negeri. Kanun Pahang juga mengandungi undang-undang yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Pahang pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |
KANUN KESEKSAAN | Kanun Keseksaan ialah undang-undang bertulis utama bagi undang-undang jenayah di Malaysia. Selain menyenaraikan perlakuan yang dianggap jenayah, Kanun Keseksaan juga menyediakan hukuman terhadap perlakuan itu sekiranya pelaku didakwa dan disabitkan di mahkamah. | UNDANG-UNDANG | Akta |
KANUN | Kanun, dalam undang-undang, menggabungkan semua undang-undang bagi subjek tertentu dalam sesuatu statut atau ordinan. | UMUM | |
KANUN JUSTINIAN | Kanun Justinian. Justinian I, pemerintah Empayar Rom Timur dari tahun 527 M. hingga tahun 565 M., memerintah 10 orang yang paling bijaksana dalam jajahannya untuk menggubal satu koleksi undang-undang Rom. Koleksi ini dikenali sebagai Corpus Juris Civilis, yang bererti Body of Civil Law juga dikenali sebagai Justinian. | UMUM | |
HUKUM KANUN MELAKA | HUKUM KANUN MELAKA, teks undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444), dan kandungannya diperbaiki serta ditambah pada zaman pemerintahan sultan-sultan Melaka yang terkemudian. Teks ini menjadi prototaip kepada undang-undang Melayu lama yang lain, khasnya Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Riau. | BUDAYA | Karya |
HUKUM KANUN PAHANG | HUKUM KANUN PAHANG, teks undang-undang yang digunakan di Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614). Hukum Kanun Pahang banyak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka, disebabkan Pahang pernah menjadi jajahan takluk Melaka dan Sultan Abdul Ghafur pula adalah keturunan Sultan Muhammad Syah, Melaka. | BUDAYA | Karya |
HUKUM KANUN BRUNEI | HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Qu’ran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
KANUN RIAU-LINGGA | KANUN RIAU-LINGGA, teks Melayu lama menceritakan asal usul raja-raja Melayu yang memerintah Johor-Riau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |
HUDUD | Hudud, sebahagian daripada kanun acara jenayah Islam. | AGAMA | Konsep |