Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kanun (kata nama)
Bersinonim dengan undang-undang, hukum, peraturan, kaedah, tatacara, prosedur;,
Kata Terbitan : mengkanunkan, terkanun, pengkanunan,

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANUN PAHANGKANUN PAHANG,  teks Melayu lama mengenai undang-undang, dikenal juga dengan nama Hukum Kanun Pahang  atau Undang-undang Pahang. Seperti teks Hukum Kanun Melaka, Adat Acheh, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Dato’ Kota Star (Kedah) dan Undang-undang Johor. Kanun Pahang merakamkan undang-undang tradisional peribumi yang mungkin dilaksanakan atau menjadi rujukan serta panduan bagi melaksanakan sesuatu undang-undang negeri. Kanun Pahang juga mengandungi undang-undang yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Pahang pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAkta
HUKUM KANUN PAHANG

HUKUM KANUN PAHANG, teks undang-undang yang digunakan di Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614).

            Hukum Kanun Pahang banyak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka, disebabkan Pahang pernah menjadi jajahan takluk Melaka dan Sultan Abdul Ghafur pula adalah keturunan Sultan Muhammad Syah, Melaka.

BUDAYAKarya
HUKUM KANUN MELAKA

HUKUM KANUN MELAKA, teks undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444), dan kandungannya diperbaiki serta ditambah pada zaman pemerintahan sultan-sultan Melaka yang terkemudian. Teks ini menjadi prototaip kepada undang-undang Melayu lama yang lain, khasnya Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Riau.

BUDAYAKarya

Kembali ke atas