Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kap] | کڤ

Definisi : ark; tali ~ tali di kapal, tali bosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kap] | کڤ

Definisi : IB 1. tudung (lampu dll); 2. bumbung (motokar dll), tenda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kap] | کڤ

Definisi : bp piala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kap


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAP

Kap ialah ikan yang besar dan tahan lasak. Ia

boleh hidup di perairan panas, berumpai, dan

mengalir perlahan yang kaya dengan krustasea,

serangga, dan tumbuh-tumbuhan.

UMUM 
ROACH

Roach ialah ikan dalam famili kap dan minnow

yang hidup dalam air tawar di Eropah.

UMUM 
MINNOW

Minnow ialah nama biasa bagi ikan dalam famili

kap dan minnow. Ia adalah famili terbesar ikan air

tawar dengan kira-kira 1600 spesies di Eropah, Asia,

Afrika, dan Amerika Utara.

UMUM 
CHUB

Chub ialah nama beberapa jenis ikan air tawar

yang terdapat di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Ikan-ikan ini mempunyai kaitan dengan ikan kap,

ikan dace, ikan emas, dan ikan minnow. Ikan

chub tinggal di sungai dan tasik. Ikan ini memakan

serangga, invertebrat lain, ikan-ikan kecil dan juga

katak.

UMUMUmum
TENCH

Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan

kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil.

Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang,

dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya

merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini

berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik,

sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan

tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan

moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di

atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia

tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara,

Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi

60 sentimeter panjangnya.

Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili

kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca .

UMUM 

Kembali ke atas