KAPAK | Kapak ialah alat pemotong yang diperbuat daripada kepala kapak yang bersegi yang dipasang pada batang pemegang. | UMUM | |
KAPAK GENGGAM | KAPAK GENGGAM, alat batu yang digunakan oleh manusia pada zaman prasejarah atau Zaman Batu Lama. Kapak genggam yang paling awal ditemui di Chesowanja, Kenya, berusia lebih kurang 1.5 juta tahun. Walau bagaimanapun, taburan kapak genggam terdapat di seluruh dunia. Tradisi pembuatan kapak genggam lebih dikenal sebagai tradisi ‘Acheuleen’, nama daripada sebuah tapak di St. Acheul, Perancis yang dijumpai oleh Baoucher de Pethres pada tahun 1847. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |
ADDER | Adder ialah nama yang diberi kepada beberapa spesies ular di banyak tempat di dunia. Sesetengah ular ini berbisa dan sesetengahnya tidak. <I>Ular kapak I> Eropah biasanya dinamakan adder di United Kingdom. Ia ialah satu-satunya ular berbisa di negara itu. <I>Puff adder I>di Afrika ialah ular besar membawa maut yang badannya bercorak. | UMUM | |
ALAT GANGSA | ALAT GANGSA, alat yang terbentuk daripada tiga unsur utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Alat yang diperbuat daripada gangsa meliputi pelbagai bentuk, seperti gendang, mangkuk, dan kapak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
BANGGAI | BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun 1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |