| MARY CELESTE | Mary Celeste ialah kapal layar Amerika yang ditemui ditinggalkan di Lautan Atlantik pada tahun 1872. Kehilangan anak kapalnya adalah satu daripada misteri laut yang besar. | UMUM | |
| ZENO DARI CITIUM | Zeno dari Citium (335?–265? SM) ialah pengasas falsafah Stoik di Athens. Zeno lahir di Citium di Pulau Cyprus. Zeno pada mulanya, adalah seorang saudagar, tetapi kapalnya karam dan dia kehilangan semua hartanya dalam pelayaran ke Athens pada tahun 314 SM. | UMUM | |
| SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY | Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922), penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi British dari Laut Ross dalam kawasan 180 kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun 1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau Elephant. Kemudian Shackleton dan empat temannya meneruskan perjalanan ke Pulau Georgia Selatan menggunakan bot dan menyeberangi rabung pergunungan pulau itu untuk mendapatkan bantuan penyelamat. Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare. | UMUM | |
| UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA | UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu. Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |
| UTIMUTIRAJA | UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh. Dia juga dikenal sebagai Timuturaja. Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu. Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |