Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.par] | کاڤر

Definisi : kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menabur­naburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg ber­kaparan di air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.par] | کاڤر

Definisi : ark; kaparan belakang (bahagian yg tidak tajam): ~ parang (pedang) belakang parang (pedang); spt kerbau menanduk anak dgn ~ tanduk bukan dgn hujung prb marah bapa akan anaknya tidak sampai membahaya­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.par] | کاڤر

Definisi : , = kaparan kayu atau sampah sarap yg hanyut di air. berkaparan bersepah di sana sini dgn tidak menentu; berserak-serak atau bertaburan di sana sini: Banyaklah orang yg mati dan mayat pun ~ di sana sini. terkapar terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kapar (kata nama)
Bersinonim dengan sampah hanyut, sarap, sampah sarap, kayu hanyut, ranting hanyut;,
Kata Terbitan : berkaparan, mengaparkan, terkapar,

Puisi
 

Sudah ada kereta api,
     Pergi ke Kapar membeli benang;
Sudah dapat pembuka hati,
     Perut yang lapar menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHMAD JAIS

AHMAD JAIS (1936-   ), penyanyi. Dia lahir pada 28 Mac 1936 di Kapar, Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kapar hingga Darjah Lima.

BUDAYAKonsep
MOHD. ISMAIL SARBINI

MOHD. ISMAIL SARBINI (1950-    ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu.

SASTERATokoh
RUBAIDIN SIWAR

RUBAIDIN SIWAR (1943 – 1986), penulis.  Dia lahir pada 21 Mac 1943 di Kapar, Kelang, Selangor.  Rubaidin menggunakan nama pena Riwayati M. Amin semasa menulis cerita ekspedisi atau kisah penjelajahan, Zabri amir dan Arham Zaidi semasa menulis cerpen remaja.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Kapar (1950 – 1955) dan Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (1957 – 1961).  Kemudian dia mengikuti latihan perguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1963 – 1961).  Rubaidin kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1981.

SASTERAKonsep
AHMAD RAZALI HAJI YUSOFAHMAD RAZALI HAJI YUSOF (1936-     ), penyair. Dia lahir pada 29 April 1936 di Kampung Bukit Kapar, Kelang, Selangor. SASTERAKonsep
ZAILIANI TASLIMZAILIANI TASLIM (1959-     ),  penulis.  Dia lahir pada 26 April 1959 di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Binjai, Meru, Kelang, Selangor dari tahun 1967 hingga tahun 1971.  Kemudian, dia melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah menengah Tengku Idris Syah, Kapar, Kelang hingga tamat dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia.  Dua tahun kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.   Sesudah menamatkan pengajiannya, dia ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Selangor dan Terengganu.  Kini, dia mengajar di Sekolah Menengah Landas, Felda Jerangau, Ajil, Terengganu.SASTERATokoh

Kembali ke atas