Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelongsong kecil (biasanya diperbuat drpd gelatin) yg berisi dos ubat: ia diberi oleh doktor beberapa butir ~ berwarna kuning; ditelannya tiga butir ~ minyak ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pembalut ubat yg dibuat drpd bahan spt agar-agar dan mudah larut apabila ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapsul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
TALLOWTREE

Tallowtree ialah nama beberapa jenis pokok

yang mengeluarkan bahan melekit yang boleh

digunakan sebagai ganti lemak haiwan (tallow

dalam bahasa Inggeris) untuk membuat lilin. Kini,

lilin mineral biasanya digunakan, bukan lemak

haiwan, untuk membuat lilin. Pada masa dahulu,

pokok yang paling kerap digunakan untuk bahan

melekit ini ialah tallowtree China . Biji pokok ini

tergantung pada bebenang bak lilin di antara

daunnya. Kapsul dan bijinya dihancurkan dan

direbus dan dikaup lemak yang timbul di

permukaan. Lemak ini kemudiannya dicairkan dan

ditapis.

UMUM 

Kembali ke atas