Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bo.hi.drat] | کربوهيدرت

Definisi : 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh meng­gemukkan badan jika diambil berlebihan); berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bo.hi.drat] | کربوهيدرت

Definisi : ist 1 sebatian organik yg termasuk juga gula dan kanji. 2 zat makanan yg memberi tenaga (menggemukkan badan jika berlebihan). 3 sebarang makanan yg di dlmnya banyak terdapat gula atau kanji yg menggemukkan badan. berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbohidrat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARBOHIDRAT

Karbohidrat ialah satu daripada tiga kelas

makanan utama yang diperlukan oleh tubuh. Dua

lagi kelas makanan yang utama ialah lemak dan

protein.

UMUM 
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 
PROTEIN

Protein adalah satu daripada tiga kelas utama

makanan yang diperlukan oleh badan. Yang lain

adalah karbohidrat dan lemak. Protein wujud dalam

setiap sel dan diperlukan oleh hidupan tumbuhan

dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan membina protein

daripada bahan dalam udara dan tanah. Manusia

dan haiwan memperoleh protein daripada makanan

yang dimakannya. Makanan yang tinggi kandungan

proteinnya termasuk keju, telur, ikan, daging dan

susu.

UMUM 
SUKROSA

Sukrosa ialah nama kimia bagi gula biasa. Sukrosa

teprgolong dalam kelas makanan yang dikenali

sebagai karbohidrat. Ia adalah hasil fotosintesis, iaitu

proses membuat makanan dalam tumbuh-tumbuhan.

Sukrosa diekstrakkan daripada bit gula

dan tebu dan digunakan dengan meluas sebagai

pemanis. Formula kimianya ialah C12H22O11.

UMUM 
SAKARIN

Sakarin ialah pemanis sintetik. Ia dibuat

daripada toluena dan petroleum. Sakarin lebih

kurang 300 kali semanis gula meja tetapi tidak

mempunyai karbohidrat dan tiada nilai makanan.

Sakarin juga mempunyai rasa pahit.

UMUM 
KELAPARAN

Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati

kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang

perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali

sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan

dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,

lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan

air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk

mengatur proses tubuh dan untuk membina dan

menyenggara tisu tubuh.

UMUM 
GULA DAN PEMANIS KALORI RENDAH

Gula dan pemanis kalori rendah. Gula ialah sejenis karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama bagi badan.

PEMAKANANSumber/Bahan Alam
TEMBIKAI WANGI

Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam.

Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak

jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan

berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan

meluas, terutamanya di Amerika Syarikat.

Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber

penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri

daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan

peratus karbohidrat dan satu peratus protein.

Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India.

Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga

menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh

orang Yunani dan Rom.

UMUM 
SAPROFIT

Saprofit ialah benda hidup yang mendapat

makanannya daripada sisa organisma yang mati.

Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti

cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini

tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang

membolehkan tumbuhan membuat makanannya

melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit

menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan

untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya

menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan

karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh

menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain

yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya

menjadi sebatian yang lebih ringkas.

UMUM 
MIL OAT

Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat

daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin

sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil

oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung

oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek

untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia

dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk

membentuk emping. Mil oat segera dimasak,

didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan

yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping.

Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi

yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat

mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima

gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri

daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai

130 kalori.

UMUM 

Kembali ke atas