MACAULAY, THOMAS BABINGTON | Macaulay, Thomas Babington (1800–1859) ialah ahli sejarah Inggeris yang karyanya paling banyak dibaca. Pada tahun 1800-an, dia juga terkenal dengan esei dan puisinya yang berasaskan dongeng purba. Walau bagaimanapun, karyanya kurang mendapat sambutan pada tahun 1900-an. | UMUM | |
MOORE, HENRY | Moore, Henry (1898–1986), pengarca Inggeris. Karyanya menyerupai objek kayu atau batu yang dibentuk oleh kejadian alam semula jadi. Kebanyakannya direka cipta untuk tahan kekal di persekitaran luar. | UMUM | |
SIBELIUS, JEAN | Sibelius, Jean (1865–1957) ialah penggubah Finland. Karyanya yang paling penting ialah tujuh simfoni dan beberapa puisi simfoni untuk orkestra. Sibelius melandaskan kebanyakan daripada puisi simfoninya pada puisi epik kebangsaan Finland, Kalevala . Gubahan ini menyatakan tanggapan Sibelius terhadap hutan, tasik, musim panas yang dingin, dan musim sejuk yang bersalji di Finland. | UMUM | |
YEVTUSHENKO, YEVGENY | Yevtushenko, Yevgeny (1933 – ), penyair Rusia. Kebanyakan hasil karyanya ditujukan kepada penduduk Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945. Yevtushenko menguasai sepenuhnya kaedah persembahannya dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. | UMUM | |
YOUNG, EDWARD | Young, Edward (1683–1765), penyair Inggeris. Hasil karyanya yang akhir merupakan sebahagian daripada gaya puisi cerdik dan imitatif England era Augustan sehinggalah kepada puisi gaya yang lebih memberahikan dan penuh gaya khayalan di era romantik. | UMUM | |
ROSSINI, GIOACCHINO ANTONIO | Rossini, Gioacchino Antonio (1792–1868) ialah penggubah opera Itali. Karyanya, The Barber of Seville (1816) barangkali merupakan opera farsa yang paling agung pernah dikarang. | UMUM | |
TARKINGTON, BOOTH | Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah, Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900) yang sentimental dan romantik kepada Penrod (1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921) sebuah karya realisme. Karya novel triloginya berjudul Growth (1927) memaparkan keratan rentas kehidupan di bandar seperti yang terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons (1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam (1916), dan Seventeen (1916) memaparkan kegembiraan dan masalah golongan muda. | UMUM | |
SAINT-SAËNS, CAMILLE | Saint-Saëns, Camille (1835–1921) ialah penggubah Perancis. Karyanya yang paling masyhur ialah The Carnival of the Animal (1886) dengan menggunakan dua piano dan orkestra. | UMUM | |
MILLER, ARTHUR | Miller, Arthur (1915– 2005) ialah penulis drama Amerika yang terkemuka. Hasil karyanya mencatatkan konflik antara individu dan masyarakat yang menentukan kod moral individu. Miller menunjukkan prinsip moral masyarakat sebagai sahih dalam All My Sons (1947) dan A View from the Bridge (1955). Tetapi, dalam Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953), Incident at Vichy (1964), dan The Price (1968), dia menyerlahkan prinsip moralnya sebagai palsu. | UMUM | |
AESCHYLUS | Aeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |