Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis. Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana kasihankan perempuan itu, Artemis menukarkannya menjadi mata air. Namun demikian, Alpheus berjaya menawannya dan kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani menggunakan mitos ini untuk menerangkan mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy Bysshe Shelley. |