Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kassim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMAD KASSIM MUHAMMAD KASSIM (1886-1973), penulis Indonesia. Dia lahir di Muara Sipongi, Sumatera Utara, Indonesia. Dia menerima pendidikan di sekolah guru hingga tahun 1935 dan kemudian bertugas sebagai guru sekolah dasar. SASTERATokoh
KASSIM AHMAD

KASSIM AHMAD (1933-    ), penyair dan pengkritik sastera. Dia lahir pada 9 September 1933 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Baharu, Kedah (1939-1946) hingga lulus Darjah Enam. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid (1947-1954). Kassim mendapat ijazah Sarjana Muda dari University of Malaya, Singapura pada tahun 1959 dan ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1961.

SASTERATokoh
BAHARUDDIN ABU KASSIM, DATO'

Baharuddin Abu Kassim, Dato’ (1929-  ), arkitek yang mereka bentuk Masjid Negara dan Masjid Alam Shah. Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1929 di Jeram, Selangor.

KEJURUTERAANTokoh
KASSIM MASDOR

KASSIM MASDOR (1938-    ), penerbit dan pengubah lagu Singapura. Dia lahir pada 19 September 1938 di Serangoon Road, Singapura.

BUDAYATokoh
KEMARAU DI LEMBAH

KEMARAU DI LEMBAH,  kumpulan puisi dan cerpen karya Kassim Ahmad.  Kumpulan ini hasil tulisan Kassim antara tahun 1955 hingga tahun 1962 dan diterbitkan pertama kali oleh penerbit Saudara Sinaran Berhad, Pulau Pinang pada tahun 1967.  Ia kemudian diterbitkan kembali oleh Teks Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1982.

SASTERAKarya
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDULLAH SANGGORAABDULLAH SANGGORA (1921-1998), nasionalis dan budayawan. Dia lahir pada 6 Mei 1921 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdullah Haji KassimBUDAYAKonsep
SUARA TUJUH

SUARA TUJUH, antologi puisi.  Antologi ini mengandungi 49 buah puisi karya tujuh orang penyair iaitu Usman Awang, Kassim Ahmad, Baha Zain, Kemala, Mokhtar Yassin, Sri Ana (Salleh Haji Yusof) dan Ma’arof Sa’ad.  Suara Tujuh disusun oleh Usman Awang bersama-sama Ma’arof Sa’ad dan diterbitkan oleh Syarikat Wijaya, Johor Bahru pada tahun 1969.  setiap penyair menyumbang tujuh buah puisi yang ditulis antara tahun 1958 hingga tahun 1969.  Antologi ini diberi kata pengantar oleh Syed Husin Ali.

SASTERAKarya
JAMILIAH PRESS, MUAR

JAMILIAH PRESS, MUAR,  syarikat percetakan Melayu.  Percetakan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1920-an, berpejabat di Parit Jamil, Muar, Johor oleh Haji Jaafar Haji Taib, dengan kerjasama Haji Kassim Haji Salleh.  Percetakan ini memiliki tiga buah mesin cetak yang menggunakan tenaga manusia dan sebuah mesin pemotong kertas.

SASTERAInstitusi/Organisasi
JINS SHAMSUDIN, DATO'

JINS SHAMSUDIN, Dato’ (1935-    ), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada 5 November 1935 di  Taiping, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Jin bin Shamsudin. Jins dikenal dengan panggilan Zain di kalangan keluarga dan rakan-rakannya. Bapanya Samsudin bin Kassim keturunan bangsawan Batu Bara berasal dari Aceh.

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas