Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata alu-aluan oleh tokoh tertentu (yg mengandungi kata pengenalan atau ulasan) utk sesebuah buku dsb; mukadimah. 2 sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan: Bahasa Melayu digunakan sbg bahasa ~ di sekolah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUISI BAHARU MELAYU IIPUISI BAHARU MELAYU II, antologi puisi yang memuatkan 174 buah puisi karya 57 orang penyair. Antologi ini disusun dan diberi kata pengantar oleh Ali Haji Ahmad, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1961.SASTERAKarya
WANITAWANITA, antologi cerpen yang diusahakan oleh penulis wanita di Malaysia.  Wanita diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan dicetak oleh Malaysia Publishing House Limited, Singapura.  Kata pengantar antologi ini ditulis oleh Asmah Haji Omar. Reka bentuk kulit diusahakan  oleh Nas Achnas.  Antologi ini diterbitkan sebagai usaha untuk menggambarkan kesungguhan masyarakat khususnya yang berhubung dengan kewanitaan pada masa ituSASTERAKonsep
SELESAI SUDAH

SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad.  Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975.  Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando.  Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” dan “Igau” (1971), “Lagu Kitkitkit” (1972), “Tak Keruan”, “Kelapa Nan Sebatang” dan “Perempuan” (1973).

SASTERAKarya
SALAM BENUA

SALAM BENUA,  kumpulan puisi dwibahasa Sasterawan Negara Usman Awang. Kumpulan puisi ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Greetings to the Continent.  Salam Benua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982.  Kata pengantar ditulis oleh Rahman Shaari.  Salam Benua merupakan kumpulan puisi Usman Awang yang keempat setelah Gelombang (1961), Duri dan Ali  (1966) dan Kaki langit (1971).

SASTERAKarya
PUISI BAHARU MELAYU IIIPUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.SASTERAKarya
TIGA CATATAN PERJALANAN

TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitka oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997.

SASTERAPenerbitan
TELUK GONG

TELUK GONG, antologi puisi yang diterbitkan secara stensilan pada bulan Oktober 1967, di Kuala Lumpur. Antologi ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1987 oleh Penerbit INSAN, Kuala Lumpur. Kesemua puisi dalam antologi ini berkisar tentang nasib dan masa depan petani miskin di Teluk Gong. Petani yang diketuai oleh Hamid Tuah ini telah meneroka tanah di situ, tetapi telah ditindas oleh pemimpin peringkat negeri. Antologi puisi ini mengandungi 59 puisi yang dihasilkan oleh 41 orang penyair. Ia telah disusun oleh Usman Awang dan diberi kata pengantar oleh A. Bakar Hamid.

SASTERAKarya
DURI DAN API

DURI DAN APIDURI DAN APIDURI DAN API, kumpulan puisi karya Usman Awang. Kumpulan ini memuatkan 46 puisi sebuah balada dan dua buah tablo yang ditulis dari tahun 1961 hingga tahun 1966. Kumpulan ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1967 oleh Toko Buku Abbas Bandung, Melaka, dan diberi kata pengantar oleh Llyod Fernando. Nama kumpulan ini  diambil daripada puisinya “Duri dan Api”, yang menggambarkan perjuangan pada pekerja Utusan Melayu ketika terjadinya peristiwa mogok.

SASTERAKarya
BINGKISAN MELAYU

BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
SUARA TUJUH

SUARA TUJUH, antologi puisi.  Antologi ini mengandungi 49 buah puisi karya tujuh orang penyair iaitu Usman Awang, Kassim Ahmad, Baha Zain, Kemala, Mokhtar Yassin, Sri Ana (Salleh Haji Yusof) dan Ma’arof Sa’ad.  Suara Tujuh disusun oleh Usman Awang bersama-sama Ma’arof Sa’ad dan diterbitkan oleh Syarikat Wijaya, Johor Bahru pada tahun 1969.  setiap penyair menyumbang tujuh buah puisi yang ditulis antara tahun 1958 hingga tahun 1969.  Antologi ini diberi kata pengantar oleh Syed Husin Ali.

SASTERAKarya
12

Kembali ke atas