| SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
| ADVERBA | Adverba ialah golongan kata yang menambah makna kepada kata kerja, adjektif, atau adverba lain. Adverba mungkin terdiri daripada kata tunggal (quickly), frasa (in the morning) atau klausa (if the meeting continues). | UMUM | |
| TUNGGAL | bentuk kata yang menunjukkan makna satu. | BAHASA | Konsep |
| RACINE, JEAN | Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
| MORFOLOGI BAHASA MELAYU | MORFOLOGI BAHASA MELAYU, kajian tentang struktur bentuk dan penggolongan kata bahasa Melayu. Morfologi bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan bentuk terbitan. | BAHASA | Konsep |