KAUM MUDA-KAUM TUA | KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SYEIKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU | SYEKH ABDUL KARIM AMRULLAH MANINJAU (1879-1945), ulama dan pelopor Kaum Muda di Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Dia lahir pada 10 Februari 1879, di Danau Maninjau. Nama sebenarnya ialah M. Rasul. Ayahnya Syekh Kisai adalah seorang ulama tarekat, manakala ibunya berasal daripada keluarga penghulu adat. Dia pernah berguru dengan Syekh Ahmad Khatib dan Syekh Tahir Jamaluddin. Syekh Abdul Karim pergi ke Makkah sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1894 hingga tahun 1901. Kunjungan kali kedua (1904-1906), dia telah memberanikan diri membuka halaqah di Masjidilharam, meskipun dilarang oleh mufti mazhab Syafie. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AL IMAM | Al-Imam (1906-1908), majalah utama Kaum Muda yang diterbitkan di Singapura pada 22 Julai 1906. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH | MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABU BAKAR ASHAARI | ABU BAKAR ASHAARI ( 1903-1970), ulama Kaum Muda. Dia lahir di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Abu Bakar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang, Sekolah Anglo Chinese dan Madrasah al-Masyhur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SYARIF SUKKAR | SYARIF SUKKAR (1919-1991), ahli politik. Beliau lahir pada 17 Februari 1919 di Bandar Kaba, Melaka. Ayahnya Sukkar bin Haji Abdul Rahman ialah pengikut fahaman Kaum Muda. Syarif Sukkar mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu sejak tahun 1926. Pada tahun 1929, beliau melanjutkan pelajarannya di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School, Melaka (1932-1936). Beliau lulus dalam peperiksaan Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI MISKIN | HAJI MISKIN ( ? - ? ), ulama dan pelopor gerakan Wahhabbi atau kaum muda di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tarikh lahir dan meninggalnya tidak diketahui. Haji Miskin belajar agama sehigga empat tahun daripada Tuanku Nan Tua di Batutebal Agam dan kemudian meneruskan pengajian di Makkah. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1803, dia menetap di kampungnya, Pandai Sikek, kawasan penanaman kopi di kaki gunung Singgalang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUHAMMADIYAH | MUHAMMADIYAH, organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar. Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAHMUD JUNUS | MAHMUD JUNUS (? –1982), penulis dan pelopor pembaharuan pendidikan Islam Indonesia. Dia lahir di Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya seorang ketua adat, manakala datuknya seorang ulama. Mahmud mendapat pendidikan asas dan pengajian al-Qur’an sejak kecil lagi. Dia belajar di Madras Schools, sekolah agama yang memakai sistem kelas, yang didirikan oleh Syekh H.M. Thaib Umar, pelopor Kaum Muda. Pada sebelah malam, dia mengikuti pengajian halaqah. Kemudian, Mahmud menggantikan gurunya mengajar agama dan bahasa Arab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MADRASAH AL-IQBAL | MADRASAH AL-IQBAL, sekolah rendah agama di Singapura dan kemudian berpindah ke Riau-Lingga. Madrasah ini dibuka pada bulan Disember 1907 bersamaan 1 Muharam 1326, bertempat di No. 107, Seligi Road, Singapura. Penaungnya ialah Raja Ali Ahmad dari Lingga. Dalam tempoh ini, madrasah dijadikan sebagai pusat untuk memajukan pendidikan oleh golongan Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal telah dipilih sebagai pusat kegiatan pendidikan yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |