DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU | DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. | BAHASA | Bahasa |
HULU PERAK | HULU PERAK, kawasan yang aktif pada zaman prasejarah. Hulu Perak adalah salah sebuah daerah di negeri Perak. Kawasan ini disaliri oleh Sungai Perak, sungai terpanjang di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
KAMPUNG HULU | KAMPUNG HULU, kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PIEDMONT | Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang terletak di kaki Banjaran Alp. | UMUM | |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |
ASSYRIA | Assyria, negara purba yang terletak di hulu sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat Iraq. | UMUM | |
SILESIA | Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya. | UMUM | |
DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? – ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti ‘Yang Dipertuan’ dan ‘Patik’ dalam perbualannya. | UMUM | |
NUER | Nuer ialah penduduk timur-tengah Afrika yang memelihara lembu. Kira-kira 460 000 orang Nuer tinggal di kawasan padang rumput dan paya hulu Lembah Nil di selatan Sudan dan barat Ethiopia. Mereka bertutur dalam bahasa yang dikenali sebagai Nuer, dan dalam bahasa-bahasa Afrika, ia tergolong dalam keluarga Nilotik. Orang Nuer tergolong dalam kumpulan orang kulit hitam Afrika yang dikenali sebagai Nilot dan berkait rapat dengan orang Dinka (lihat Dinka ). | UMUM | |
SUNGAI YENISEY | Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093 kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik. Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan, sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka. | UMUM | |