Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali yg dibuat drpd logam (spt tem­baga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram; ~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri; mengawatkan mengirim berita dll dgn tele­gram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawat
1. Bersinonim dengan dawai
( wayar, benang besi, benang tembaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan berita
( khabar, telegram, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan berbaris
( berjalan serentak)
(kata kerja:)

Kata Terbitan : mengawatkan,

Peribahasa

Berhati baja,
     berurat kawat.

Bermaksud :

Tabah dan keras hati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUTERI KAWAT

Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette,

bertanding dalam pasukan antara satu sama lain

secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang

rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak

dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu

tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini

bertanding pada peringkat kebangsaan dan

peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas

untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori

bawah 12 tahun.

UMUM 
PERBARISAN

Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan

bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu.

Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk

bersuka-suka atau memberi penghormatan.

Anggota angkatan tentera sering berkawat pada

hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana,

peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan

perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni

dengan pentas bergerak, kumpulan muzik,

berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih.

UMUM 
K. BALI

K. BALI (1933 -        ), penulis. Dia lahir pada 15 Jun 1933 di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Abdullah. Selain K. Bali, dia juga menggunakan nama pena Gelora Jiwa, Arjuna, Setia, Gema Sukma, Liba K, Pahlawan Pusaka, Bibaliwati, Kawat dan Kawat Berduri.

SASTERATokoh
AMPERE, ANDRE MARIE

Ampere, Andre Marie (1775–1836), ahli

matematik dan ahli fizik Perancis, menemui hukum

elektromagnetisme pada tahun 1820-an. Dia

menunjukkan bahawa arus elektrik yang selari

menarik satu sama lain jika bergerak dalam arah

yang sama, dan menolak jika arahnya bertentangan.

Teori matematiknya yang menjelaskan fenomena ini

menjadi asas perkembangan elektrodinamik. Dia

mendapati bahawa arus elektrik yang mengalir

melalui kawat yang bergelung bertindak seperti

magnet. Ini menyebabkan terciptanya galvanometer,

alat untuk mengesan dan menyukat arus elektrik.

UMUM 

Kembali ke atas