MENGGOLEK BALAK | Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an di kem balak di Kanada dan di utara Amerika Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir “menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka mengadakan pertandingan untuk mendapatkan pada setiap bahagian hujung kayu balak yang terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau mengundurkan pergerakannya dengan cepat sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air. | UMUM | |
MENGUKIR KAYU | Mengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan. | UMUM | Umum |
KAYU HITAM | Kayu hitam ialah kayu keras berwarna hitam. Kayu ini boleh digilap sehingga merelap kilatnya. Pokok kayu hitam tumbuh di Jepun, Filipina, Hindia Timur, India, Sri Lanka, Madagascar, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. | UMUM | |
KAYU BRAZIL | Kayu Brazil ialah nama biasa bagi beberapa pokok kayu pencelup di Brazil. Pernambuco, yang juga dikenali sebagai kayu Bahia, ialah sejenis kayu Brazil yang boleh tumbuh melebihi 30 meter tinggi. | UMUM | |
KAYU GAHARU | Kayu gaharu ialah kayu berharga yang jarang ditemui, yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok yang berkaitan. Pokok ini tumbuh di selatan India, Indonesia, sesetengah Pulau Pasifik dan Australia. | UMUM | |
PERTUKANGAN KAYU | Pertukangan kayu ialah membuat dan membaiki struktur kayu. Di sesetengah negara, seperti United Kingdom dan New Zealand, dua jenis tukang berasingan melakukan kerja ini – tukang kayu dan tukang tanggam. | UMUM | |
TEPUNG UBI KAYU | Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah berkhasiat dan mudah dihadam. | UMUM | |
MEMBELAH KAYU | Membelah kayu ialah sejenis sukan pertandingan yang popular di Australia dan New Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu termasuk peserta dari luar negara. Badan yang menguruskan pertandingan itu di Australia ialah Persatuan Pengapak Kayu Australia. | UMUM | |
KAYU BESI | Kayu besi atau hornbeam ialah nama yang diberi kepada pokok-pokok tertentu yang mempunyai kayu keras yang luar biasa. | UMUM | |
KAYU | Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi kimianya menjadikannya satu daripada sumber semula jadi yang paling bernilai. | UMUM | |