Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayunya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OHIA

Ohia ialah pokok epal gunung yang tumbuh di

Hawaii. Kayunya digunakan untuk membuat

perabot dan landasan kereta api. Ohia tergolong

dalam famili Myrtaceae.

UMUM 
ELM

Elm ialah pokok besar yang menarik yang

digunakan untuk teduhan dan kayunya. Terdapat

kira-kira 20 spesies, terutamanya dari kawasan

beriklim sederhana di utara.

UMUM 
HACKBERRY

Hackberry ialah nama beberapa spesies

pokok dalam famili elm yang dihargai kerana

kayunya, mempunyai buah yang boleh dimakan,

dan ia ditanam sebagai pokok hiasan.

UMUM 
KAYU JATI

Kayu jati ialah pokok hutan yang berasal dari

hutan tropika di Asia Tenggara. Kayunya sangat

dihargai untuk membina kapal dan membuat

perabot.

UMUM 
KULIT KAYU KERTAS

Kulit kayu kertas ialah pokok besar di

Australasia yang kulit kayunya tanggal yang

kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada

batang dan dahannya.

UMUM 
RIMU

Rimu ialah nama bagi beberapa spesies pokok

tinggi di New Zealand. Satu spesies juga dikenali

sebagai pain merah . Kayunya, yang bercorak cantik

dan sangat berharga, digunakan untuk membina

rumah. Rimu boleh ditanam untuk mengawal

hakisan tanah. Pokok ini tumbuh menjulang tinggi,

dengan dahannya yang melentok berwarna hijau

pucat dan daun halus yang tumbuh rapat pada

batangnya. Seperti semua pain, pokok ini

mempunyai bunga yang tidak menyerlah sama ada

bunga jantan atau bunga betina. Bunganya tumbuh

di hujung dahan; bunga jantan dalam “bentuk

mayang” dan bunga betina dalam bentuk kon kecil.

Setiap pokok mengeluarkan hanya bunga jantan

atau bunga betina.

UMUM 
MULGAMulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneuraUMUMUmum
PUSSY WILLOW

Pussy willow juga dikenali sebagai goat willow

atau great sallow , ialah pokok renek atau pokok

kecil yang tergolong dalam famili willow. Ia

tumbuh di hutan lembap di Eropah dan timur laut

Asia . Pussy willow tumbuh setinggi kira-kira 10

meter. Kulit kayunya berwarna kelabu pada pokok

muda dan berwarna perang dan merekah pada

pokok tua. Daunnya berwarna hijau tua di bahagian

atas dan di bahagian bawahnya diliputi bulu gebu

berwarna kelabu. Daunnya lebih lebar daripada

daun lain-lain jenis willow.

UMUM 
KATALPA

Katalpa, juga dikenali sebagai Indian bean, ialah

nama sekumpulan pokok yang berasal dari timur

Asia, Amerika Utara dan Hindia Barat. Terdapat

kira-kira 10 spesies katalpa. Katalpa biasanya

mempunyai bunga yang besar, berwarna putih. Ia

juga biasanya ditanam sebagai pokok teduh dan

juga untuk kayunya.

UMUM 
MAHOGANI

Mahogani sering dikenali sebagai kayu kabinet

yang terbaik di dunia kerana ia mempunyai

kebanyakan sifat yang diperlukan untuk membuat

perabot. Kayu ini kuat, cukup keras, dan tahan

sebagai perabot, tetapi cukup mudah untuk

digergaji atau diketam, dan diukir. Mahogani tidak

mengecut, mengembang, atau meleding seperti

kebanyakan kayu lain yang sama kerasnya. Kayunya

mempunyai warna dan ira yang menarik, dan

berkilat.

UMUM 
12

Kembali ke atas