| SIROCCO | Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean. Angin sirocco mungkin membawa bersamanya lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala angin ini membawa bersamanya debu gurun. Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin panas yang tidak bermusim yang bertiup dari selatan di kawasan Mediterranean. | UMUM | |
| SEMENANJUNG KAMCHATKA | Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira 350 000 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang, memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan ketam yang utama. | UMUM | |
| TELUK CARPENTARIA | Teluk Carpentaria ialah cabang Laut Arafura yang terbentang ke arah utara Australia. Lebarnya lebih kurang 480 kilometer dan panjangnya 640 kilometer. Airnya cetek di kebanyakan tempat. Lapisan lumpur dan paya bakau terdapat di sepanjang pantainya. Untuk lokasi, lihat Australia (peta). | UMUM | |
| SUNGAI ORANGE | Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat menyeberangi bahagian selatan benua Afrika. Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran. Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi). | UMUM | |
| EL NIÑO | El Niño ialah arus hangat di Lautan Pasifik yang mengalir ke arah selatan di sepanjang pantai barat Amerika Selatan. | UMUM | |
| NORE | Nore ialah sungai di Republik Ireland. Sungai ini berpunca dari banjaran Devilsbit, di Tipperary, dan mengalir ke arah tenggara sejauh 110 kilometer. Sungai ini bersambung dengan Sungai Barrow dan Suir sebelum memasuki laut di Waterford Harbour. | UMUM | |
| KARELIA | Karelia ialah republik berautonomi di Rusia. Ia terletak di bahagian barat laut, di timur Finland dan ke arah selatan wilayah Murmansk. | UMUM | |
| LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi secara rasmi pada bulan Julai 1998. Ia menjadi simbol terbaru kebanggaan Malaysia menuju ke arah alaf baru. KLIA terletak berhampiran Sepang, kira-kira 50 kilometer selatan Kuala Lumpur. | UMUM | Umum |
| SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |
| PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah pertubuhan yang berperanan ke arah perdamaian dan keselamatan dunia serta kebaikan manusia. Hampir kesemua negara merdeka di dunia menjadi anggota PBB. Setiap negara anggota menghantar wakilnya ke ibu pejabat PBB di New York City dan di sana mereka membincangkan dan mencuba menyelesaikan masalah. | UMUM | |