| IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
| IKAN SUMPIT | Ikan sumpit atau archerfish ialah mana-mana dari enam jenis ikan kecil yang dijumpai di India hingga ke Filipina, Indonesia dan Australia | UMUM | Umum |
| SPRAT | Sprat adalah satu daripada ikan laut yang lebih kecil dalam famili hering. Sprat membesar sepanjang 20 sentimeter. Ia hidup di perairan pantai Eropah dari Laut Baltik dan Laut Utara hingga ke Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Ikan ini mempunyai badan yang leper dengan tepi bergerigi mata gergaji di sepanjang perutnya. Sprat adalah ikan makanan yang penting. Ia dimakan segar atau disalai. Sesetengahnya ditinkan dalam minyak sebagai sardin kecil. Yang lain diproses untuk dijadikan minyak ikan dan mil ikan. Pengelasan saintifik. Sprat tergolong dalam famili hering, Clupeidae. Sprat Eropah ialah Sprattus sprattus. | UMUM | |
| OSPREY | Osprey, yang juga dikenali sebagai lang ikan , ialah burung yang memakan ikan. Osprey menjunam ke dalam air dari ketinggian 15 hingga 30 meter untuk mencari makanan. Kakinya dahulu mencecah air dengan cepukan yang kuat dan mencekau ikan dengan cakarnya yang panjang runcing. Burung ini hidup di seluruh dunia di sepanjang sungai, tasik, pantai, dan teluk. Osprey di kawasan utara berhijrah ke kawasan panas pada musim sejuk. | UMUM | |
| TENCH | Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil. Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang, dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik, sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara, Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi 60 sentimeter panjangnya. Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca . | UMUM | |
| MERGANSER | Merganser ialah nama sekumpulan itik yang memakan ikan. Merganser menangkap ikan dengan paruhnya yang sempit lurus yang bengkok di hujungnya dan bertakik di tepinya. Oleh sebab ini, ia kadangkala dikenal sebagai paruh geraji. Merganser biasa atau goosander, dan merganser berdada merah hidup di seluruh kawasan utara beriklim sederhana. Hooded merganser hidup di Amerika Utara, tetapi ia kadangkala kelihatan di Eropah. Kebanyakan merganser berhijrah ke selatan pada musim sejuk. | UMUM | |
| TARPON | Tarpon ialah ikan buruan yang besar yang kelihatan seperti ikan hering. Ia hidup di Lautan Atlantik dari Long Island, New York, Amerika Syarikat hingga ke Brazil, di Teluk Mexico, dan di perairan Hindia Barat. Ia banyak terdapat di luar pantai selatan Atlantik di Amerika Syarikat. Ia juga didapati di luar pantai di Sepanyol, Portugal, dan Azores. Tarpon membesar sepanjang 2.5 meter dan beratnya mungkin 90 kilogram. Isinya kasar dan tidak diingini untuk dijadikan makanan. | UMUM | |
| SHAD | Shad ialah nama bagi beberapa spesies ikan bak hering. Shad membesar sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya dan beratnya lebih daripada satu kilogram. Shad Amerika ialah ikan makanan yang popular. Ia hidup di sepanjang Pantai Atlantik di Amerika Utara, dari Newfoundland hingga ke Florida. Ia memakan plankton (organisma laut mikroskopik), terutamanya krustasea yang dinamakan kopepod. Shad ditangkap dengan jala semasa ia berhijrah ke hulu sungai untuk bertelur. Sesetengah shad dimakan sebagai ikan salai. Telurnya dimakan sama seperti kaviar. Shad twaite hidup di laut di Eropah. Ia dinamakan ikan mei kerana ia berhijrah ke hulu sungai pada bulan Mei setiap tahun. Sesetengahnya hidup di tasik yang dikelilingi daratan dan tidak berhijrah. | UMUM | |
| KORMORAN | Kormoran ialah burung besar, berkaki renang dan menangkap ikan dengan menjunam ke dalam air. | UMUM | |
| ROSEFISH | Rosefish ialah ikan makanan yang penting yang terdapat dari Iceland hingga ke Amerika Syarikat dan di luar pantai utara di Eropah, sejauh ke Lautan Artik di utara. | UMUM | |