SISTEM PAIP | Sistem paip ialah sistem pemasangan paip yang mengalirkan air ke dalam dan ke luar bangunan. Istilah ini berasal dari Latin iaitu plumbum yang bermaksud logam. Pada zaman Rom purba paip logam digunakan. Kini kebanyakan sistem paip diperbuat daripada loyang, besi tuang, kuprumplastik atau logam keluli. | UMUM | |
TASIK TE ANAU | Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344 kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64 kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang panjang yang menganjur ke luar ke arah pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik ini, merupakan tempat percutian yang popular. Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki yang mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New Zealand (peta rupa bumi). | UMUM | |
KECAPAHAN | Kecapahan, penyerakan atau penyebaran ke luar atau pada arah yang pelbagai. | MATEMATIK | Konsep |
AMARYLLIS | Amaryllis ialah famili yang terdiri daripada lebih 1200 spesies bunga. Kebanyakan spesies tumbuh di luar di kawasan panas. Dalam iklim sejuk, amaryllis biasanya ditanam di dalam sebagai tanaman pasu pada musim sejuk dan dipindahkan ke luar pada musim panas. | UMUM | |
AQUINO, CORAZON | Aquino, Corazon (1933– ), presiden wanita yang pertama bagi Filipina. Dia memegang jawatan presiden dari tahun 1986 hingga tahun 1992. Dia menggantikan Presiden Marcos. Kedua-dua Aquino dan Marcos mendakwa kemenangan dalam pilihan raya penuh dengan penipuan dan keganasan. Tetapi Marcos lari ke luar negara apabila ramai rakyat Filipina yang disokong oleh pegawai tentera, menuntut perletakan jawatannya. Aquino kemudian menjadi presiden. | UMUM | |
AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
OLDS, RANSOM ELI | Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta. Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada kependekan namanya), diberi nama bersempena dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula membuat eksperimen dengan pedati yang digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama dijual ke luar negara. | UMUM | |
TEMBAKAU BERBUNGA | Tembakau berbunga atau nikotiana ialah nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika Selatan, dan ditanam di banyak kawasan. Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit. Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau putih, dan berbentuk seperti tiub panjang. Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas panas atau rumah hijau pada awal musim bunga, dan kemudian dipindahkan ke luar. Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus Nicotiana . | UMUM | |
ARCHIPENKO, ALEXANDER | Archipenko, Alexander (1887–1964) merupakan perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan bahawa ruang adalah sama penting dengan objek padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia menggabungkan bahan padu dan berongga mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi- segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk Dual (1955) dan Architectural Figure (1957). | UMUM | |
STRABISMUS | Strabismus adalah penyebarisan mata yang tak normal, dengan sebelah mata tertumpu pada satu benda dan mata sebelah lagi tertumpu pada benda lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai heterotropia atau juling. Biasanya, kedudukan mata membolehkan kedua-duanya melihat benda yang sama pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Bagi strabismus, sebelah mata menghala ke lain daripada kedudukan biasanya. Jika mata ini menghala ke dalam ke arah hidung, keadaan ini dikenal sebagai strabismus menumpu. Bagi strabismus mencapah, mata itu menghala ke luar. Penyebarisan tidak normal itu mungkin juga menegak, dengan mata yang terjejas menghala ke atas atau ke bawah. Strabismus mungkin tetap atau berkala dan mungkin melibatkan sebelah mata sahaja atau silih berganti antara kedua-duanya. | UMUM | |