Tempat berteduh ialah suatu struktur atau keadaan semula jadi yang menyediakan perlindungan terhadap cuaca buruk, bahaya, atau gangguan serangga perosak. Manusia memerlukan tempat berteduh untuk melindungi diri mereka daripada kesejukan dan kepanasan yang melampau, serta daripada hujan, salji, dan angin. Terdapat pelbagai jenis tempat berteduh. Rumah ialah bentuk yang paling lazim. Jenis tempat berteduh lain ialah pondok hentian bas, pelindung bom, bangsal, dan pentas beratap. Tempat berteduh mudah alih termasuk khemah, treler, dan bot seperti bot rumah dan kapal layar. |