METEOROLOGI | Meteorologi ialah kajian ke atas atmosfera bumi dan perubahan keadaan atmosfera yang mempengaruhi cuaca. Ahli meteorologi mengukur angin, suhu, kerpasan, tekanan udara dan keadaan atmosfera yang lain. Mereka juga mengukur bahan kimia di atmosfera seperti karbon dioksida dan ozon yang mempengaruhi iklim. Dengan menganalisis data tentang atmosfera, ahli meteorologi dapat meramal keadaan cuaca. | UMUM | |
MISTRAL | Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan bertiup kencang dari barat Alps dan penara di selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean. Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi bergerak semakin laju apabila menghampiri udara yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100 hari dalam setahun. | UMUM | |
ASBUT | Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara. Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905 untuk menerangkan gabungan asap dan kabut tebal yang kadangkala menyelubungi London serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini, asbut juga merujuk kepada keadaan yang disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai asbut fotokimia . | UMUM | |
AVALANCHE | Avalanche ialah kumpulan besar salji yang menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche. Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam. Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah, yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan- kepingan kecil semasa ia menggelongsor. | UMUM | |
AKTA KILANG | Akta Kilang melindungi orang yang bekerja di kilang di Britain. Akta Kilang 1961 yang menggantikan akta kilang yang sebelumnya, meliputi semua keadaan kerja di kilang. Akta tersebut melarang kesesakan, menetapkan piawai kebersihan, dan memperuntukkan pengalihan udara dan cahaya yang mencukupi, dan suhu kerja 160º . | UMUM | |
ANOKSIA | Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia . Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian. | UMUM | |
KIMIA | Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk di dalam alam semesta. Mereka mengkaji bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya. Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia melibatkan perubahan kandungan kimia dalam sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari udara yang membentuk karat ialah satu perubahan kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa ia membeku. | UMUM | |