| KEADILAN SOSIAL | Keadilan Sosial, bentuk keadilan yang merujuk pada soal pembahagian hak dalam masyarakat. Ia sering ditandai dengan slogan siapa mendapat apa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA | Pertubuhan Negara-negara Amerika (Organization of American States (OAS)) ialah persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan menyediakan pertahanan diri secara kolektif, kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai undang-undang antarabangsa, keadilan sosial, kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa tindakan serangan terhadap satu negara Amerika dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua negara. | UMUM | |
| ALIRAN PERGERAKAN NEGARA (ALIRAN) | Aliran Pergerakan Negara (Aliran), sebuah pergerakan sosial. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sosial dan menggalakkan tindakan sosial dalam kalangan masyarakat untuk keadilan. Ahli pergerakan ini terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |