KEWARGANEGARAAN | Kewarganegaraan ialah keahlian penuh bagi sebuah negara ataupun kerajaan. Kewarganegaraan juga disebut kerakyatan. Tetapi kerakyatan selalunya mempunyai makna yang lebih luas dan memberi maksud hak untuk dilindungi oleh negara asal bila melawat ke negara lain. Hampir kesemua orang mempunyai kerakyatan sekurang- kurangnya sebuah negara. Rakyat mempunyai hak tertentu seperti hak untuk mengundi dan hak untuk memegang jawatan awam. Mereka juga mempunyai tugas tertentu seperti tugas membayar cukai dan melindungi negara. | UMUM | |
MENSHEVIK | Menshevik merupakan ahli satu kumpulan dalam Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia. Pada tahun 1903, parti ini berpecah akibat pertelingkahan yang berkait dengan keahlian. V. I. Lenin, pemimpin revolusi Rusia menjadi pemimpin bolshinstvo (majoriti), atau Bolshevik. | UMUM | |
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA | Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (World Intellectual Property Organization (WIPO) ialah agensi antarabangsa yang berusaha melindungi hak undang-undang dalam karya kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi dan bantuan lain kepada negara-negara membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya bertempat di Geneva, Switzerland. | UMUM | |
PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN | PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu. Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja. Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad. Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup. Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PARTI NEGARA | PARTI NEGARA, parti politik sebelum merdeka. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1954 di Kuala Lumpur oleh Dato' Onn bin Jaafar. Turut menyokong penubuhan parti ini ialah Datuk Hamzah Abdullah, E.E.C. Thuraisingham, Heah Joo Sieng dan W. MacLeod. Parti Negara ditubuhkan bertujuan untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1959 dengan sebuah kerajaan sendiri yang dipilih melalui pilihan raya. Malah parti ini mempunyai struktur, dasar dan matlamat yang sama seperti Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Dato' Onn sebelum itu. Keahlian Parti Negara terbuka kepada semua kaum dan bergerak ke arah perpaduan bangsa di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |