Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ang.ku.han] | کأڠکوهن

Definisi : sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ang.ku.han] | کأڠکوهن

Definisi : sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keangkuhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 
SURAH AL-AHQAF

Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an al-Karim dan mengandungi

35 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf

kerana ia merupakan tempat tinggal kaum ‘Ad yang

dibinasakan oleh Allah S.W.T. disebabkan

kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal

mereka di al-Ahqaf ini terletak di Yaman. Firman

Allah S.W.T. yang bermaksud:

Dan ingatlah peristiwa(Nabi Hud) saudara kaum

‘Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada

kaumnya yang tinggal di lembah al-Ahqaf.”

(Surah al-Ahqaf 46:21)

UMUM 

Kembali ke atas