SHERPA | Sherpa ialah satu bangsa yang kebanyakannya tinggal di banjaran gunung Himalaya di timur laut Nepal. Hampir 25 000 orang Sherpa tinggal berhampiran dengan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Terdapat juga sebilangan Sherpa yang tinggal di timur laut India. | UMUM | |
ORANG ASLI TASMANIA | Orang Asli Tasmania kini kebanyakannya berasal daripada kaum wanita puak Orang Asli Australia yang dahulunya dibawa dari Tasmania ke pulau berdekatan di Selat Bass oleh penangkap anjing laut Eropah pada awal tahun 1800-an. Orang Asli Tasmania pada masa itu berjumlah kira-kira 5800 orang. Mereka hidup di seluruh Tasmania, tetapi komunitinya tertumpu di Hobart, Burnie, Launceston, dan Kepulauan Selat Bass. | UMUM | |
PIUTER | Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat. | UMUM | |
PROTIS | Protis ialah nama sekumpulan organisma, yang kebanyakannya adalah organisma mikroskopik. Kumpulan ini terutamanya terdiri daripada organisma satu sel seperti diatom, protozoa dan alga tertentu. Protis membentuk Protista, satu daripada lima alam biologi organisma hidup. Alam- alam lain ialah Monera (moneran), kulat (kulat), Plantae (tumbuh-tumbuhan) dan Animalia (haiwan). | UMUM | |
KUARZIT | Kuarzit adalah sejenis batu yang kebanyakannya terdiri daripada mineral kuarza. Kuarza wujud sebutir-sebutir dan sebagai bahan yang mengikat butir-butir ini. Kuarzit dikelompokkan sebagai salah satu batu yang amat keras. | UMUM | |
RACQUETBALL | Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola dengan menggunakan raket yang menyerupai raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini dimainkan dalam gelanggang tertutup yang berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam permainan bola raket cut-throat , tiga pemain bersaing sesama sendiri. | UMUM | |
SEMUT BULL | Semut bull termasuk beberapa spesies semut di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap semut betina sesetengah spesies tumbuh sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang. Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli sains menggangap semut bull ini antara semut yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur sosial sekompleks spesies yang lebih maju. | UMUM | |
TEPEE | Tepee , juga dieja tipi ialah sejenis khemah yang kebanyakannya digunakan oleh Orang Asli Amerika Utara yang tinggal di kawasan dataran pada masa dahulu. Tepee diperbuat dengan cara meregang kulit kerbau pada tiang-tiang. Tiang ini diatur dalam bentuk kon. Di hujungnya, tiang-tiang itu disilangkan, dan terjulur keluar dari bumbung. Dua penutup dibuka pada bumbung untuk membolehkan asap dari unggun api khemah itu keluar. | UMUM | |
KURARE | Kurare ialah ekstrak beracun yang kebanyakannya diperoleh daripada spesies tumbuhan Chondodendron dan Strychnos yang berasal dari Amerika Selatan. | UMUM | |
KASUT KAYU | Kasut kayu, atau clog ialah sejenis alas kaki yang kebanyakannya dipakai oleh orang yang tinggal di kawasan rendah dan lembap di Belanda. Kasut ini dikenali sebagai klompen oleh orang Belanda. | UMUM | |