JADUAL KEBENARAN | | UMUM | |
MISTISISME | Mistisisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan atau kebenaran rohaniah boleh diketahui melalui makrifat individu dan bukan melalui pemikiran atau penyelidikan. Semua agama utama sedikit sebanyak mempunyai unsur-unsur mistisisme. | UMUM | |
SURAT PATEN | Surat paten adalah surat terbuka tentang kebenaran kerajaan terhadap hak monopoli kepada pencipta. Raja boleh juga menggunakan surat paten untuk menganugerahkan kebangsawanan. Surat paten biasanya ditulis di atas velum (kertas kulit halus) dan ditandakan dengan cap pihak berkuasa yang mengeluarkannya. | UMUM | |
AKSIOM | Aksiom ialah kenyataan matematik yang diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu contoh aksiom ialah aksiom selari dalam geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa “melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu, garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang diperuntukkan”. | UMUM | |
PRAGMATISME | Pragmatisme ialah falsafah yang cuba menerapkan kaedah sains pada falsafah. Idea utamanya adalah makna dan kebenaran sesuatu idea ditentukan oleh kesan idea tersebut dalam amalan dan terhadap kelakuan. | UMUM | |
SKOLASTISISME | Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. | UMUM | |
QASIMIY, JAMAL AL-DIN AL- | Qasimiy, Jamal al-Din al- (1283–1332 H./1866– 1913 M.) ialah ulama besar yang memerangi bid‘ah dan menyeru kebenaran. Nama sebenarnya ialah Abu al-Faraj Muhammad Jamal al-Din ibn Sa‘id. | UMUM | |
DEISME | Deisme ialah satu kepercayaan agama dan falsafah. Deisme menolak kebanyakan bentuk agama yang lazim dan menerima taakulan sebagai satu-satunya panduan untuk mencari kebenaran. | UMUM | |
PIRANDELLO, LUIGI | Pirandello, Luigi (1867–1936) ialah pengarang Itali yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesu sasteraan pada tahun 1934. Pirandello terkenal kerana drama falsafahnya. Drama terbaik ciptaannya membahaskan bahawa kebenaran sebenar tidak diketahui dan berubah-ubah mengikut pandangan seseorang. Dia seterusnya mendakwa manusia memang mempunyai pelbagai peranan atau matlamat tetapi tiada satu pun antaranya yang memaparkan ciri sebenar manusia. | UMUM | |
ALBERTUS MAGNUS, SAINT | Albertus Magnus, Saint (1206?–1280) ialah ahli teologi, ahli falsafah, dan ahli sains Kristian kelahiran Jerman. Kehebatannya terletak pada kesedarannya tentang perbezaan antara teologi dengan falsafah, dan antara kebenaran wahyu dengan sains uji kaji. | UMUM | |