STUART, JOHN MCDOUALL | Stuart, John McDouall (1815–1866) ialah penjelajah kelahiran Scotland yang mempunyai keberanian serta ketahanan melakukan beberapa ekspedisi ke pedalaman Australia dan menyeberangi benua itu dari selatan ke utara pada tahun 1862. Hasil daripada ekspedisi ini, Australia Selatan dapat menguasai Wilayah Utara pada tahun 1863. Kemudian Overland Telegraph (Telegraf Melalui Darat) dibina di sepanjang laluan yang diikuti oleh Stuart. | UMUM | |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
ZOLA, ÉMILE | Zola, Émile (1840 – 1902), penulis Perancis yang menjadikan naturalisme sebagai bentuk kesusasteraan yang utama di Perancis pada akhir tahun 1800-an. Dia menulis tentang kehidupan sebagaimana dilihatnya, buku dan kehidupannya memaparkan keberanian, kepintaran, dan semangat inginkan keadilan. | UMUM | |
ACTS OF THE APOSTLES | Acts of the Apostles ialah buku kelima Kitab Perjanjian Baru. Ia merupakan sambungan kepada Gospel of Luke. Gospel dan Acts ini ialah jilid satu dan dua daripada karya yang sama. Mengikut tradisi Kristian, Acts ditulis oleh Luke, sahabat kepada Saint Paul. Tetapi ramai sarjana mencurigai keberanian ini. Kebanyakan sarjana percaya bahawa Luke dan Acts ditulis pada tahun 85 M. | UMUM | |
ACARA TERJUN | Acara terjun ialah sukan air yang menarik. Seseorang penerjun melompat dari papan anjal atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air. Tidak seperti renang, acara terjun menekankan teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan. Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan dan keindahan dengan keberanian semasa berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya melakukan terjun ke dalam air dengan deburan yang minimum. | UMUM | |
PINGAT HANG TUAH | PINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini. | BUDAYA | Anugerah/Hadiah |
ANZAC | Anzac, Kor Tentera Australia dan New Zealand, adalah angkatan tentera sukarela Australia dan New Zealand yang bergabung. Kor ini ditubuhkan di Mesir semasa Perang Dunia I (1914–1918). Angkatan ini yang terdiri daripada 30 000 orang tentera berserta dengan tentera Berikat terlibat dalam pendaratan di Semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915. Semasa lapan bulan yang berikutnya, tentera Australia dan New Zealand memperoleh reputasi kerana keberanian dan kemahiran berjuang menentang tentera Turki di semenanjung itu. | UMUM | |
DATO' SIAMANG GAGAP | DATO’ SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato’ Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang ‘gagap’ tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato’ Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato’ Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITTING BULL | Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux yang terkenal. Banyak orang yang menyangka bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam pertempuran Little Bighorn di Montana pada 25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan Kolonel George Custer meninggal dunia. Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai dukun utama dalam persediaan menghadapi pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya, dia menerima visi bahawa semua musuh akan jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876, Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru ini membawa kepada terhapusnya Custer dan tenteranya. | UMUM | |