KEBERSIHAN | Kebersihan lihat Kesihatan (Kebersihan); Mandi (Mandi untuk kebersihan). | UMUM | |
KEBERSIHAN GIGI | Kebersihan gigi ialah sains dan amalan penjagaan gigi, gusi, dan bahagian lain mulut. Mulut yang bersih menghalang berlakunya kerosakan gigi, penyakit gusi, dan kerosakan yang lain di bahagian mulut (lihat Gigi [Penyakit]). | UMUM | |
MANDI | Mandi ialah perbuatan mencuci badan. Terdapat empat jenis mandi yang utama: (1) mandi untuk kebersihan, (2) mandi perubatan, (3) mandi bersantai atau berseronok-seronok dan (4) mandi keagamaan. | UMUM | |
SANITASI | Sanitasi ialah suatu bidang kesihatan awam. Ia melibatkan pelbagai usaha mengawal keadaan sekitar untuk mencegah serta mengawal penyakit. Sanitasi juga termasuk kebersihan diri yang menolong melindungi diri daripada penyakit. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
AKTA KILANG | Akta Kilang melindungi orang yang bekerja di kilang di Britain. Akta Kilang 1961 yang menggantikan akta kilang yang sebelumnya, meliputi semua keadaan kerja di kilang. Akta tersebut melarang kesesakan, menetapkan piawai kebersihan, dan memperuntukkan pengalihan udara dan cahaya yang mencukupi, dan suhu kerja 160º . | UMUM | |
KESELAMATAN PENGENDALIAN MAKANAN | Keselamatan pengendalian makanan ialah proses pengawalan dan penjagaan kebersihan makanan pada peringkat penyediaan, penyimpanan, menghidangkan makanan dan semasa makan. | PEMAKANAN | Kaedah |