RACINE, JEAN | Racine, Jean (1639–1699) adalah antara penulis drama Perancis yang teragung. Dia menulis pada Zaman Klasikal Perancis dan mematuhi kebiasaan klasikal untuk penggubahan, termasuk penggunaan plot tunggal yang padat. Ciri seninya yang unggul adalah kesederhanaannya. Perbendaharaan kata dalam dramanya adalah terhad dan plot ceritanya tidak banyak aksi. | UMUM | |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
PROSEDUR PARLIMEN | Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan peraturan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen membantu pengerusi menjaga tertib semasa mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen, amalan parlimen dan peraturan tertib . | UMUM | |