Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bi.na.sa.an] | کبيناساءن

Definisi : perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebinasaan

Peribahasa

Panjang langkah koyak pesak seluar,
     tinggi loncat tembuk ubun-ubun.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRENS

Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang

tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan

dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan

pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira

tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu

Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di

pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah

cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar

tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka.

Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara

Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat

pada tiang. Odysseus dengan itu dapat

mendengar suara Sirens tanpa membahayakan

kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada

mulanya digambarkan sebagai burung yang

berkepala wanita dan kemudiannya sebagai

wanita yang berkaki burung dan kadangkala

bersayap.

Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri.

UMUM 
SURAH AL-HUMAZAH

Surah al-Humazah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-104 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

sembilan ayat. Surah ini dinamakan al-Humazah

(pencaci) kerana ia mencela orang yang bersifat

dengan sifat yang membawa kebinasaan.

UMUM 
SURAH AL-HIJR

Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 99 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah

S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku

terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta

rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara

Madinah dan Syam. Mereka ini adalah orang yang

gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga

boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka

merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal,

tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika

mereka berada dalam keadaan aman dan tenang,

tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di

waktu hening pagi.

UMUM 
SURAH AL-RA'D

Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah

ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut

kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam

surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan

kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air

sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari

awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula

dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia

membawa hujan dan juga petir. Melalui air,

wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya

kebinasaan.

UMUM 

Kembali ke atas