Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebiru


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIANOSIS

Sianosis ialah proses penyahwarnaan kepada

kebiru-biruan yang berlaku pada kulit dan

membran mukos. Sianosis berlaku apabila darah

yang mengalir pada kulit dan membran mukos

mengandungi paras hemoglobin terturun yang

terlalu tinggi – iaitu hemoglobin yang tidak

bergabung dengan oksigen. Hemoglobin adalah

kandungan sel darah merah yang membawa

oksigen. Apabila hemoglobin bergabung dengan

oksigen, warna darah menjadi merah cerah. Darah

yang mengandungi paras hemoglobin terturun

yang banyak berwarna kebiru-biruan jika dilihat

pada kulit ataupun membran mukos.

UMUM 
ANTIMONI

Antimoni, unsur kimia, ialah logam yang rapuh,

berwarna putih kebiru-biruan. Ia digunakan untuk

mengeraskan dan menguatkan plumbum. Aloi

antimoni – plumbum digunakan dalam sesetengah

kabel elektrik, bateri, dan logam huruf taip dalam

percetakan. Sebatian yang mengandungi antimoni

digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan yang

digunakan dalam peti sejuk, penyaman udara,

penyembur aerosol, cat, dan agen pengalis api.

UMUM 
AKUAMARIN

Akuamarin ialah pelbagai jenis batu permata

berwarna biru muda atau hijau kebiru-biruan yang

dinamakan beril . Warna yang paling popular ialah

biru langit. Hampir semua akuamarin adalah

lutsinar.

UMUM 
BURUNG PRION

Burung prion dikenali sebagai burung paus,

adalah antara enam spesies burung laut. Burung

prion banyak terdapat di hemisfera selatan. Burung

ini membesar hingga lebih kurang 30

sentimeter panjang dan berwarna kelabu kebiru-biruan

dengan bahagian bawahnya berwarna

putih. Terdapat tanda bentuk “W” di bahagian

sayapnya.

UMUM 
DENEB

Deneb ialah bintang yang paling terang dalam

buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali

sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling

terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan

mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb

ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi

ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang

1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb

kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan

oleh suhu permukaan yang sangat tinggi,

sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi

mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa

biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali

ganda diameter matahari.

UMUM 
ANOKSIA

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal

oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu

menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia .

Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang

mengalir menerusi paru-paru tidak membawa

cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak

cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian

3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal

membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan

paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran

udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan

yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia

anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh

sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes

yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah

kematian.

UMUM 

Kembali ke atas