LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL | LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL, organisasi kebudayaan Indonesia. Lembaga Kebudayaan Nasional (LKN) berusaha menghimpun para seniman dan budayawan golongan nasionalis yang menyetujui, mendukung dan memperjuangkan suatu asas tertentu bagi mereka yang sealiran. Perjuangan ahli lembaga ini adalah untuk membela Pancasila dan memperjuangkan kepemimpinan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam mewujudkan kebudayaan Marhaenis. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
MANIFES KEBUDAYAAN | MANIFES KEBUDAYAAN, dokumen kebudayaan. Dokumen ini merupakan pernyataan sikap sejumlah seniman dan budayawan Indonesia, yang pada dasarnya menentang Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) dengan segala aktivitinya. Pernyataan ini disusun oleh Wiratmo Soekito pada 17 Ogos 1963, ditandatangani para pendukungnya di Jakarta pada 23 Ogos 1963, dan dimuat pertama kalinya dalam ruangan kebudayaan akhbar harian Berita Republik, 19 Oktober 1963 dan majalah Sastra, bulan September/Oktober 1963. | SASTERA | Disiplin Ilmu |
AKULTURASI | Akulturasi ialah proses apabila ciri-ciri kebudayaan suatu kumpulan berubah melalui hubungan kumpulan itu dengan kebudayaan kumpulan lain. | UMUM | |
TILLICH, PAUL | Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya Theology of Culture (1959), dia menganalisis bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol dan mitos keagamaan yang dibincangkannya dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya yang terbaik ialah Systematic Theology (1951, 1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid. Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan pemikiran moden. | UMUM | |
SENJANG BUDAYA | Senjang budaya ialah kegagalan beberapa bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan. William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika, memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an. Dia menegaskan bahawa perkembangan teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku pada kebudayaan kebendaan , termasuk perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi dia melihat bahawa kebudayaan bukan kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem sosial, biasanya berada terbelakang daripada kebudayaan kebendaan | UMUM | |
ORANG BUNIAN | Orang bunian ialah makhluk khayalan. Dalam sesetengah kebudayaan, orang bunian dikenal sebagai pari-pari. Dalam kebanyakan cerita rakyat, orang bunian ialah orang kenit. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kebudayaan tradisi, saiz orang bunian sama seperti saiz manusia. | UMUM | |
MESIR PURBA | Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika. Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih 2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban yang paling lama bertahan dalam sejarah. | UMUM | |
MALINOWSKI, BRONISLAW | Malinowski, Bronislaw (1884–1942) ialah ahli antropologi British. Dia dikenali kerana kajiannya tentang kebudayaan penduduk Pulau Trobriand di barat daya Pasifik dan kerana sumbangannya yang berupa teori tentang kebudayaan manusia. | UMUM | |
BMKN | BMKN, organisasi kebudayaan Indonesia. BMKN ialah singkatan bagi Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional. BMKN ditubuhkan hasil daripada Kongres Kebudayaan yang berlangsung di Magelang pada tahun 1948, semasa revolusi mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia yang dicetuskan pada 17 Ogos 1945. Nama asalnya Lembaga Kebudayaan Indonesia tetapi setelah berlangsung kongresnya di Bandung (1952), namanya diubah menjadi BMKN. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SENARAI WARISAN DUNIA | Senarai Warisan Dunia ialah daftar antarabangsa bagi tapak yang mempunyai nilai semula jadi atau nilai kebudayaan yang tinggi. Sesetengah tapak disenaraikan sebagai sebahagian daripada Warisan Dunia kerana pemandangan dan hidupan liarnya yang luar biasa dan menakjubkan. Lain-lain dimasukkan kerana kepentingannya sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan manusia. Sesetengah kawasan mempunyai kedua-dua kepentingan semula jadi dan kebudayaan. | UMUM | |