TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta. Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia. Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik. Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu. Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan.
Thanks for clicking. That felt good.