NERINA, NADIA | Nerina, Nadia (1927– ) ialah penari balet yang mendapat sanjungan daripada kebanyakan negara di dunia kerana kecemerlangan tariannya. Dia ialah penari balet pertama Royal Ballet, iaitu syarikat balet British, yang mengadakan persembahan bersama- sama dengan penari balet Bolshoi dan Kirov di Kesatuan Soviet. Salah satu daripada peranannya yang cemerlang ialah sebagai Lise dalam La Fille Mal Gardee, yang dicipta khas untuknya oleh Frederick Ashton, seorang pereka tari. Nerina lahir di Cape Town, Afrika Selatan. Dia belajar menari balet di London di bawah tunjuk ajar Marie Rambert. Pada tahun 1946, Nerina memasuki Sadler’s Wells Ballet. Pada tahun 1947, dia menyertai Royal Ballet. | UMUM | |
MILL | Mill ialah nama keluarga bagi tiga orang penulis Inggeris yang terkenal – bapa, anak lelakinya, dan isteri kepada anaknya. Mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang falsafah, sejarah, psikologi, dan ekonomi. | UMUM | |
MACARTHUR, DOUGLAS | MacArthur, Douglas (1880–1964) ialah jeneral Amerika yang terkemuka dalam Perang Dunia II dan Perang Korea. Dia juga menerima bintang kecemerlangan sebagai komander tertinggi pihak Berikat bagi pendudukan di Jepun selepas Perang Dunia II. | UMUM | |
KESUSASTERAAN PERANCIS | Kesusasteraan Perancis, satu daripada kesusasteraan negara yang terkaya dan paling berpengaruh di dunia. Penulis Perancis menyumbang kepada setiap bentuk sastera utama, mencapai kecemerlangan dalam puisi epik, puisi lirik, drama, fiksyen dan jenis prosa lain. | UMUM | |
MIR IMAD AL-HUSNI | Mir Imad al-Husni (961 H. –1024 H./ 1554 M.–1015 M.), salah seorang penulis khat Iran. Dia lahir di Qazwin – ibu kota bagi kerajaan Safawiyin selepas bandar Tabriz. Tulisan khat parsinya (naskh at-taqliq) mempunyai nilaian yang sangat tinggi, bahkan tulisan khat parsinya dianggap sebagai puncak kecemerlangan khat parsi yang dipelajarinya di Tabriz dari Mulla Muhammad Hussein al-Tabrizi. Dari situlah dia menekuninya, kemudian mencantikkannya dan menjadikannya lebih terkehadapan sehingga sampailah ia ke kemuncak kejayaan dalam kesenian itu, ditambah lagi dengan kepakarannya dalam khat-khat yang lain. Keistimewaan cara dan gaya tulisan khatnya terletak pada keindahan hubungan dalam khat tersebut, perinciannya, ketangkasan dan atur hurufnya. | UMUM | |
TENNYSON, LORD | Tennyson, Lord (1809–1892), atau nama sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia menggantikan William Wordsworth sebagai penyair negara di United Kingdom pada tahun 1850. Tennyson memperoleh kedudukan dalam kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang begitu lama berusaha ke arah mencapai kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
SHARQAWIY, ‘ABDULLAH AL- | Sharqawiy, ‘Abdullah al- (1150–1227 H./1737– 1812 M.), ahli fiqh dan usul mazhab Syafi‘i daripada kalangan ulama al-Azhar. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Hijaziy ibn Ibrahim yang lebih terkenal dengan nama al-Sharqawiy. Dia berasal dari kampung al-Tawilah di bahagian timur Mesir. Semasa kecil dia menghafaz al-Qur’an dan seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dan mencapai kejayaan dalam bidang pengajiannya. Dia menuntut ilmu daripada al-Ajhuriy, al- Damanhuriy dan ‘Ali ibn al-‘Arabiy. Tahap kecemerlangan ilmunya amat tinggi sehingga dia diberi peluang mengajar di Universiti al-Azhar dan seterusnya dilantik sebagai Sheikh al-Azhar pada tahun 1208 H. | UMUM | |
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD | PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku. Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP). Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom. Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun. | SASTERA | Penerbitan |