Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : /kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAF, EDITH

Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari

kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta

kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne

Regrette Rien’.

Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith

Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat

yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya

ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan

ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita

muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf

(yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan

oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat

tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem

arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent

dan beberapa filem lain, termasuklah French-

Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir.

UMUM 

Kembali ke atas