Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecenderungan, minat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecondongan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM 
CERUN

Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut  sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi

Kembali ke atas