KEDAULATAN | Kedaulatan pada mulanya digunakan terhadap raja. Setiap penduduk di sesebuah negeri ialah rakyat kepada raja. Raja itu sendiri ialah seorang yang berdaulat, iaitu tidak berajakan kepada sesiapa . | UMUM | |
KEDAULATAN RAKYAT | Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang diwujudkan semasa berlakunya perselisihan tentang dasar perhambaan yang menjadi sebahagian daripada sejarah awal Amerika Syarikat. | UMUM | |
KEDAULATAN NEGARA | Kedaulatan Negara, hak kekuasaan tertinggi yang eksklusif di dalam sesuatu kawasan geografi tertentu ataupun terhadap sesuatu bangsa atau kaum. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG | ALAT KEBESARAN DIRAJA YANG DI-PERTUAN AGONG, sekumpulan alatan yang menjadi lambang martabat,kebesaran dan kedaulatan raja-raja Melayu. | BUDAYA | Konsep |
PERJANJIAN WAITANGI | Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang dibuat di antara orang Maori New Zealand dengan kerajaan British pada tahun 1840. Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil- wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British mengesahkan dan memberi jaminan kepada orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan kawasan perikanan selagi mereka ingin menjadikannya sebagai pemilikan mereka. Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada secara berkumpulan atau individu. Ratu bertanggungjawab untuk melindungi orang Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British kepada mereka. | UMUM | |
COGAN | COGAN, sejenis tongkat yang diperbuat daripada logam dan dihias dengan emas dan batu permata yang dijadikan sebagai lambang kekuasaan dan kedaulatan seseorang raja. Di sesetengah negeri, misalnya negeri Kelantan, menyebutnya jogan. Di Malaysia, cogan dijadikan sebahagian alat kebesaran diraja termasuk institusi Yang di-Pertuan Agong. | BUDAYA | Artifak/Mentifak |
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU | ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
HARI PAHLAWAN | Hari Pahlawan, hari memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, dan keamanan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat (1948-1960). | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perayaan/Upacara |
MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT | MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT, lembaga kekuasaan tertinggi negara Indonesia yang menggubal dan meminda perlembagaan serta menentukan dasar negara. Menurut Undang-Undang Dasar 1945 (Perlembagaan 1945) kedaulatan rakyat dipegang oleh Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Presiden dan wakil (naib presiden) dipilih oleh MPR dengan undi terbanyak, dan mereka hanya tunduk kepada MPR. MPR juga berhak memberhentikan presiden dan wakil presiden. Di samping itu, MPR mempunyai hak untuk membuat dan meminda Undang-undang Dasar (Perlembagaan Negara) dan menentukan Garis-garis Besar Haluan Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NOBAT | NOBAT, sejenis muzik istana Melayu tradisional dan juga merupakan alat kebesaran raja-raja Melayu. Pada masa ini, nobat hanya menjadi simbol kedaulatan raja di Kedah, Perak dan Selangor. | BUDAYA | Alat/Alatan |