ORANG BRUNEI, suku bangsa yang tinggal di Brunei Darussalam. Mereka adalah salah satu daripada tujuh rumpun atau puak Melayu. Rumpun Melayu terdiri daripada Belait. Biasaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ketujuh-tujuh rumpun Melayu tersebut dicatatkan dalam perlembagaan negara Brunei Darussalam sebagai rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang. Orang Melayu Brunei ialah rumpun yang paling ramai bilangannya iaitu 285 000 pada awal tahun 1990-an. Ini melebihi 75 peratus daripada jumlah rakyat Melayu jati (bumiputera) di negara tersebut.
PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921- ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam. Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar.
ANDING, upacara pengubatan tradisional masyarakat kedayang di Sabah. Terdapat tiga jenis anding yang lazim dilakukan oleh masyarakat Kedayan iaitu anding rimba, anding mambang dan anding biasa. Walaupun gaya persembahan ketiga-tiga anding tidak berbeza, namun peranan dan tujuannya berlainan.
Thanks for clicking. That felt good.