Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dok.to.ran] | کدوکتورن

Definisi : 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dok.to.ran] | کدوکتورن

Definisi : 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedoktoran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POINCARÉ (JULES)-HENRI

Poincaré (Jules)-Henri (1854–1912), ahli falsafah

dan matematik Perancis yang menyelesaikan

pelbagai masalah berkaitan ilmu matematik dan

fizik. Dia lahir di Nancy dan memperoleh ijazah

kedoktoran dari Ecole National ‘Superieure de’

Mines, Paris, pada tahun 1879.

UMUM 
TELLER, EDWARD

Teller, Edward (1908–2003) ialah ahli sains atom

Amerika yang terkemuka, yang sering dikenali

sebagai bapa bom hidrogen. Usahanya dalam

bidang fizik nuklear telah membawa kepada

pembuatan bom-H pada tahun 1952.

Teller lahir pada 15 Januari 1908 di Budapest,

Hungary. Dia menerima ijazah kedoktoran dalam

bidang fizik dari University of Leipzig, Jerman, pada

tahun 1932. Dia menyertai projek bom atom masa

perang di Amerika Syarikat pada tahun 1941. Dia

bekerja dengan Makmal Kebangsaan Los Alamos

(New Mexico) sehingga tahun 1952. Kemudian dia

menyertai Lawrence Livermore Laboratory, iaitu

pusat penyelidikan di Livermore, California, yang

khusus untuk mereka bentuk senjata nuklear. Teller

juga bertugas sebagai profesor fizik di University of

California dari tahun 1953 hingga tahun 1975. Dia

adalah pengarah makmal Livermore dari tahun 1958

hingga tahun 1960 dan pengarah bersekutu dari

tahun 1972 hingga tahun 1975.

UMUM 
PIJNAPPEL, J.PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883.BAHASATokoh
IWAN SIMATUPANG

IWAN SIMATUPANG (1928-1970), penulis Indonesia. Dia lahir di Sibolga, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Iwan Martua Lokot Dongan Simatupang. Dia belajar ilmu kedoktoran di Surabaya, antoropologi dan drama di Belanda dan falsafah di Perancis. Dia pernah bertugas di Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI), Bandung sebagi pensyarah, di Pingkan Film Corporation dan Zebra Film, dan sebagai wartawan di Jakarta.

SASTERATokoh
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
DARUL ISLAM

DARUL ISLAM, gerakan untuk mendirikan negara Islam secara kekerasan di Indonesia. Gerakan Darul Islam muncul setelah Republik Indonesia Syarikat terbentuk (1950). Gerakan pertama muncul di Jawa Barat (1949-1962), dipimpin oleh S.M. Kartosuwirjo, seorang mahasiswa kedoktoran yang aktif dalam politik dan menyertai Sarekat Islam. Pada tahun 1940, dia mendirikan Institut Suffah di Garut, Jawa Barat. Pada peringkat awal revolusi, dia menjadi pemimpin gerila Hizbullah.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MURSAL ESTEN MURSAL ESTEN (1941-    ), pengkaji dan pengkritik sastera Indonesia. Dia lahir pada 5 September 1941 di Solok, Sumatera Barat, Indonesia. Mursal mendapat pendidikan di Fakultan Keguruan Seni Sastra, Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (FKSS-IKIP) Padang sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Sastera dan mendapat ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang kesusasteraan di Universitas Indonesia (1990). SASTERATokoh
SYEIKH AHMAD AL-FATANI

Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah

ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di

Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya

ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa

bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat

tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke

Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat

rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah

dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu

Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama

dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib.

Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang

mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima

pendidikan khas dalam bidang ini.

UMUM 
SALMA ISMAIL, TAN SRI

SALMA ISMAIL, Tan Sri (1918 -     ), doktor wanita Melayu yang pertama.  Dia lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Setar, Kedah.  Salma telah menempa nama dalam profesion kedoktoran melalui beberapa rangkaian kliniknya yang dikenal sebagai ‘Klinik Salma’.

BUDAYATokoh
TAUFIQ ISMAIL

TAUFIQ ISMAIL (1937-       ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 25 Jun 1937 di Bukittinggi, Sumatera Barat. Dia mendapat pendidikan sekolah dasar di Yogyakarta (1948), sekolah menengah pertama di Bukittinggi (1952), sekolah menengah atas di Pekalongan (1956), dan Falkutas Kedoktoran Haiwan Universitas Indonesia di Bogor (1963).

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas