KEDUTAAN | Kedutaan lihat Duta. | UMUM | |
PERISTIWA PETROV | Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? – 1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia. | UMUM | |
SEIDLER, HARRY | Seidler, Harry (1923– ) ialah arkitek Australia yang mereka bentuk sebahagian daripada bangunan tinggi yang paling terkenal di Sydney. Antara bangunan ini ialah Australia Square, MLC Centre, dan Grosvenor Place manakala bangunan di seberang laut yang direka bentuknya termasuk Kedutaan Australia di Paris dan Hong Kong Club and Tower. | UMUM | |
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI | Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi- agensi lain mungkin terlibat dalam bidang kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya dikenali sebagai kementerian luar negeri atau pejabat luar negeri. | UMUM | |
MOHAMAD FUDOLI | MOHAMAD FUDOLI (1942- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 8 Julai 1942 di Sumenep, Madura, Indonesia. Mohamad Fudoli mendapat pendidikan di Sekolah Menegnah Atas (SMA) di Madura dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel di Surabaya. Sewaktu menuntut di IAIN Surabaya, Mohamad Fudoli aktif sebagai anggota organisasi Lembaga Seni Budaya Islam (Lesbumi) di Surabaya (1965). Pada tahun 1966, dengan biasiswa daripada Emiriah Arab Bersatu, dia menyambung pelajaran di Univeristi al-Azhar, Mesir dalam bidang falsafah. Kemudian dia melanjutkan pengajian sejarah di Institute of Islamic Studies dan Institute of Arabic Studies. Semasa belajar dia bekerja secara sambilan dengan kedutaan besar Republik Indonesia di Kaherah, Mesir. | SASTERA | Tokoh |