INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) | | UMUM | |
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA | Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah institusi yang ditubuhkan untuk memberikan kefahaman tentang Islam yang sebenar. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
REYNOLDS, SIR JOSHUA | Reynolds, Sir Joshua (1723–1792), pelukis potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754), William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai Discourses yang menekankan kepentingan kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan latihan akademik yang tegar. | UMUM | |
PUSAT SAINS NEGARA | Pusat Sains Negara ialah pusat pembelajaran informal tentang sains dan teknologi. Ia ditubuhkan berasaskan falsafah pembelajaran menerusi penerokaan dan penemuan demi meningkatkan kefahaman serta menimbulkan rasa ingin tahu tentang sains dan teknologi. | UMUM | |
DE SITTER, WILLEM | De Sitter, Willem (1872–1934) ialah ahli astronomi Belanda yang terkenal. Daripada kajiannya tentang satelit Musytari dan pengiraannya tentang unsur dan jisim Musytari dia menyumbang kepada kefahaman teoretikal tentang satelit. | UMUM | |
SELYE, HANS | Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin membantunya menemui kefahaman baru tentang alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi badan terhadap masalah atau peristiwa dalam kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan yang tidak menyenangkan. Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia menubuhkan International Institute of Stress. | UMUM | |
FENOMENON PENGANGKUTAN | Mekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
ZAYDIYYAH | Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al- Husayn (79–122 H/698–740 M). Golongan ini bersependapat dengan golongan Ithna ‘Asyariyyah (golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam Zayd ibn Zayn al-‘Abidin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam (pemimpin negara) dan tugasnya. | UMUM | |