Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.fa.si.han] | کفصيحن

Definisi : perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.fa.si.han] | کفصيحن

Definisi : keadaan atau sifat fasih; kepetahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kefasihan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHAFI‘I, AL-

Shafi‘i, al- (150–204 H./767–820 M.), pengasas

mazhab Syafi’i. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-‘Abbas ibn ‘Uthman ibn Shafi‘i al-

Quraisy ibn ‘Abd al-Muttalib ibn ‘Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafi’i. Dia

dinisbahkan kepada Shafi‘i hingga dikenali sebagai

al-Shafi‘i. Ada juga yang menasabkannya kepada

‘Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafi‘i

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafi‘i lebih terkenal. Al-

Shafi‘i lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafi‘i menghafal al-Qur’an semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafi‘i mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Mas‘ab ibn ‘Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas