SWEET PEA | Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang tergolong dalam famili yang sama dengan famili kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih. Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama. Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya, everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom. Bunganya besar dan berwarna samar magenta. | UMUM | |
SUSU | Susu, makanan paling berkhasiat dan minuman kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu mengandungi hampir semua nutrien (bahan berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu mengandungi kandungan nutrien yang sangat tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh. | UMUM | |
KUCING | Kucing ialah haiwan kesayangan kegemaran manusia di seluruh dunia. Kucing adalah pintar dan mempunyai sifat berdikari. Haiwan kecil ini juga suka bermain-main dan menghiburkan. Banyak kucing dijadikan haiwan kesayangan yang penyayang, setia, dan menjadi teman bagi manusia semua peringkat umur. | UMUM | |
EULENSPIEGEL, TILL | Eulenspiegel, Till ialah badut yang senda guraunya menjadi bahan kegemaran penulis dan ahli muzik. | UMUM | |
NASTURTIUM | Nasturtium ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan saka yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Nasturtium adalah bunga taman kegemaran. Ia adalah tumbuhan tahunan yang tumbuh menjalar atau memanjat yang tingginya mungkin kira-kira tiga meter. Bunganya berwarna kuning, jingga atau merah. | UMUM | |
PERUBAHAN SOSIAL | Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. | UMUM | |
AUTRY, GENE | Autry, Gene (1907–1998), penyanyi, pelakon, penulis lagu, dan eksekutif perniagaan Amerika. Dia menjadi terkenal kerana peranannya sebagai seorang penyanyi koboi di dalam filem-filem Barat dari tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Orvon Gene Autry lahir di Tioga, berdekatan Pilot Point, Texas, Amerika Syarikat. Dia mula merakamkan lagu- lagu koboi pada tahun 1929 dan mencipta rekod kegemaran ramai “That Silver-Haired Daddy of Mine”, buat kali pertamanya, pada tahun 1931. Autry menulis lebih daripada 250 buah lagu, termasuk yang menjadi kegemaran ramai seperti “Tears on My Pillow” (1941) dan “Here Comes Santa Claus” (1947). Dia juga membuat rakaman popular lagu “Back in the Saddle Again” (1939), “Rudolph the Red- Nosed Reindeer” (1949), “Frosty the Snowman“ (1950) dan “Peter Cottontail” (1950). | UMUM | |
STEVENSON, ROBERT LOUIS | Stevenson, Robert Louis (1850–1894) ialah novelis, penulis esei, dan penyair Scotland yang menjadi salah seorang penulis yang paling terkenal di dunia. Cerita pengembaraannya seperti Treasure Island dan Kidnapped sudah lama menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Esei dan buku kembaranya dianggap sebagai model gaya prosa Inggeris yang sofistikated, manakala puisinya yang lembut dan mudah seperti A Child’s Garden of Verses merupakan karya yang terbaik dalam sastera kanak-kanak. | UMUM | |
OAK HIDUP | Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15 meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat kapal. Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana. Lihat juga Oak; Pokok. | UMUM | |
SETTER IRELAND | Setter Ireland atau yang sering dikenali sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik, yang bulunya berwarna merah keperangan. Bulunya berwarna merah atau merah dengan tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki. Setter Ireland merah ialah setter yang biasa didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing. Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland, tiada warna kegemaran untuk pertunjukan anjing. | UMUM | |