Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gi.la.an] | کݢيلاءن

Definisi : 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gi.la.an] | کݢيلاءن

Definisi : 1 sifat atau keadaan gila. 2 sesuatu yg melampaui batas. 3 kegemaran atau keasyikan yg berlebih-lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegilaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OATES, JOYCE CARO L

Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang

Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel

dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan

memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.

Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar

ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.

Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia

boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki

karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik

bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang

masyarakat moden adalah tepat.

UMUM 

Kembali ke atas