Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegunaannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK EUKALIPTUS

Minyak eukaliptus diperoleh daripada daun

eukaliptus. Kegunaannya yang paling terkenal ialah

sebagai ubat sapu dan semburan hidung bagi

mereka yang menghidapi selesema. Minyak

diasingkan daripada daunnya melalui penyulingan

stim.

UMUM 
LETRIL

Letril ialah sejenis dadah yang dipertikaikan

kegunaannya untuk merawat kanser. Kebanyakan

pakar kanser menentang penggunaan letril

kerana ia tidak terbukti berkesan dalam rawatan

kanser. Namun begitu, mereka yang menyokong

penggunaan letril mendakwa bahawa ia telah

menghentikan kanser, malah memulihkan ramai

penyakit kanser.

UMUM 
ANILINA

Anilina ialah kimia yang paling terkenal dengan

kegunaannya dalam membuat pewarna. Anilina

menjadi penting pada tahun 1856, apabila ahli

kimia Inggeris William Perkin secara tidak sengaja

membuat pewarna ungu daripada anilina.

UMUM 
ASPAL

Aspal ialah bahagian mineral hitam seperti

simen dan terdapat dalam kebanyakan petroleum

mentah. Kegunaannya adalah pelbagai.

UMUM 
ETANA

Etana ialah gas perindustrian yang penting. Ia

diperoleh secara langsung daripada gas asli atau

melalui penapisan petroleum. Kegunaannya yang

paling penting adalah dalam penyediaan etilena.

UMUM 
ASID BORIK

Asid borik, juga dikenali sebagai asid boraksik

ialah asid bukan organik yang lemah, yang paling

dikenali kerana kegunaannya sebagai antiseptik.

UMUM 
SOSIALISME

Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan

politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis

percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat

kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan

bukannya individu, yang sepatutnya memiliki

sumber negara dan mengawal kegunaannya.

Sosialisme juga menuntut pemilikan umum

terhadap tanah, kilang dan sumber asas

pengeluaran yang lain.

UMUM 
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
STRUKTUR HOMOLOG

Struktur homolog ialah struktur yang

mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk

dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing

laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas

yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga

adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza.

Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi

tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap

burung dan sayap serangga adalah struktur analog.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
12

Kembali ke atas